your location : first page > main page > garis panduan am
¡¡

GARIS PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH SJK(C) Chung Hua Miri

1.             Arahan Am

1.1           Selaku pegawai kerajaan adalah tertakhluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.

1.2           Seseorang staf sekolah dikehendaki memerhati, memahami dan mematuhi pekeliling/peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan sekolah . (GB, PK dan Ketua Panitia MP)

1.3           Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.4           Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

1.5           Semua staf hendaklah mempunyai ¡® Espirit de Corp¡¯ semangat kekitaan dan sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2.             Mesyuarat / Perhimpunan / Ucapan Khas 

2.1           Semua staf dikehendaki menghadiri semua mesyuarat, perhimpunan dan  ucapan khas apabila dikehendaki oleh pihak sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar yang diperoleh terlebih dahulu.

3.             Surat ¨C Menyurat Rasmi

3.1           Semua surat rasmi mestilah melalui Guru Besar, Semua surat rasmi mempunyai  nombor fail peribadi, menggunakan nama asal dan satu salinan mestilah disimpan dalam fail peribadi sebagai rekod. Bahasa dalam surat hendaklah sopan, ringkas dan tepat.

3.2           Jika surat rasmi itu dituju kepada guru melalui dan salinan Guru Besar, surat itu boleh disimpan setelah mengambil tindakan.

3.3           Jika surat itu dituju kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru bekenaan, maka guru hendaklah memfailkan dalam fail berkenaan untuk rekod selepas mengambil tindakan.

4.             Kelakuan Staf

4.1           Semua staf dikehendaki memberi teladan atau contoh yang baik kepada murid khasnya dari segi pakaian, gaya rambut, percakapan dan tingkahlaku di dalam dan luar sekolah.

5.             Pakaian.

5.1           Guru hendaklah berpakaian kemas bersesuaian dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.

5.2           Pakaian berbentuk seluar pendek (perempuan) atau jean dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan semasa waktu kerja.

5.3           Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. (Seluar trek/panjang/jersi,kemeja sukan/T dan kasut getah/sukan).

6.             Kad Nama

6.1           Semua guru dan kakitangan sokongan hendaklah memakai kad nama semasa waktu kerja, majlis atau kegiatan rasmi di dalam/luar sekolah.

7.             Waktu Bertugas

7.1           Semua staf hendaklah mematuhi dan menepati waktu bekerja pejabat.

7.2           Semua guru dikehendaki sampai di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu pertama bermula.

7.3           Semua staf hendaklah berada di sekolah sepanjang waktu sekolah.

7.4           Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ¡°non-teaching period¡± dan bukan free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran saja.

7.5           Guru hendaklah masuk kelas tepat pada masanya dan tidak boleh meninggalkan kelas lebih awal dari masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.

7.6           Masa masuk dan pulang.

Sebaik sahaja sampai di sekolah, semua staf sekolah dikehendaki merekodkan masa ketibaan dan pulang masing-masing pagi dan petang dengan kad yang disediakan di bilik guru setiap hari persekolahan.

7.7           Semua urusan peribadi hendaklah diurus diluar waktu sekolah. Sekiranya guru terpaksa keluar dari sekolah pada waktu sekolah, dia hendaklah meminta kebenaran Guru Besar/PK. Bukti/Dokumen berkenaan diperlukan. Guru berkenaan perlu menganjalkan jadual waktu dengan guru lain dan membuat catatan di buku rekod pergerakan staf.

8.             Cuti

8.1           CUTI SAKIT:

Guru yang benar-benar tidak dapat hadir bekerja kerana sakit teruk hendaklah memberitahu Guru Besar/Penolong Kanan 1 dengan secepat mungkin sebelum masa pertama bermula. Sijil Sakit/dokumen asal diperlukan untuk memohon cuti sakit. (Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan dan tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau terputus-putus akan dilaporkan kepada JPN dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

8.2           CUTI TANPA GAJI

Dipohon di atas sebab-sebab peribadi yang mustahak. Kakitangan sokongan boleh memohon selepas habis cuti rehatnya. Permohonan hendaklah dihantar kepada JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

8.3           CUTI REHAT KHAS

Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh bagi guru untuk guru ke atas kes kecemasan dan upacara agama (7 hari setahun). Dokumen asal diperlukan dalam permohonan.

8.4           CUTI REHAT / CUTI PENGGAL

Mengikut SP. Kementerian Pendidikan KP (PP)0046SJ/A/(30) bertarikh 24.12.1999 guru  berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti setahun untuk menjalankan tugas seharian .

9.             Tugas ¨C Tgas Guru

9.1           Buku Persediaan Mengajar

Semua butiran seperti biodata guru, jadual waktu, buku SPBT, buku rujukan guru, Perancangan Tahunan, harian rekod ujian, soalan dan rekod prestasi murid hendaklah disempurnakan dan direkod dengan teliti, kemaskini dan lengkap.

9.2           Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan pada awal pagi setiap hari isnin untuk disemak dan ditandatangani olh Guru Besar/Penolong Kanan.

9.3           Seseorang guru hendaklah bersedia dan melengkapkan diri secukupnya untuk mengajar semasa masuk ke bilik darjah. Guru perlu mewujudkan ethos  pembelajaran yang harmoni dan memelihara minat murid melalui persediaan yang sempurna, pendekatan yang efektif, set induksi yang menarik dan nada suara yang dikawal dengan baik dan tidak membosankan. ABM yang relevan hendaklah digunakan secara optimum. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

9.4           Penyemakan buku latihan murid.

Kerja rumah yang memadai hendaklah diberi kepada murid selepas setiap waktu menagajar sebagai kerja susulan. Semua latihan mesti disemak dengan teliti dan konstruktif. Pembetulan semula perlu dibuat. Kerja cuti yang memadai perlu diberi sebagai kerja pengukuhan.

9.5           Semua staf sekolah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah. Jadual giliran bertugas hendaklah disedia, diterang,dipamer dan pasti diamalkan oleh murid.

9.6           Guru kelas/mata pelajaran harus pastikan langsir dan semua tingkap ditutup lampu dan kipas dipadam dan pintu dikunci sebelum meninggalkan kelas pada waktu terakhir.

9.7           Ujian Berkala/Penggal

Kertas soalan penilaian hendaklah disediakan dan disemak dengan sempurna (tiada kesilapan) dan ditaip dengan kemas dan teratur mengikut garis panduannya.

9.8           Soalan dan prestasi murid perlu direkod di bahagian rekod Ujian/rekod soalan/rekod kemajuan/keputusan penggal di buku rekod guru.

9.9           Keputusan dan analisa perlu disediakan dengan program pemarkahan computer dan diserahkan kepada kerani sebelum/pada hari Rabu  yang berikutnya untuk tindakan Penolong Kanan 1.

9.10         Hasil perbincangan sebelum dan selepas ujian perlu direkod di bahagian catatan buku rekod .

9.11         Satu set kertas ujian mesti disimpan untuk rujukan dan rekod sekolah.

10.          Disiplin Murid.

10.1         Peraturan sekolah hendaklah diterangkan dan dipatuhi oleh semua murid. Satu salinan mesti dipamerkan di papan kenyataan kelas.

10.2         Semua guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid di dalam dan di luar bilik darjah pada setiap masa.

10.3         Guru diminta mengelakkan diri daripada sebarang kekerasan terhadap murid. Jika hukuman fizikal tidak dapat dielakkan, guru boleh ¡°merotan¡± di tapak tangan murid lelaki sahaja. Segala hukuman merotan hendaklah direkod dan diberitahu/disaksi guru kelas/PK atau Guru Besar.

10.4         Kes disiplin murid yang agak berat hendaklah dirujuk kepada PK HEM dan Guru Besar.

11            Kegiatan Kokurikulum Dan Perkhidmatan Kemasyarakatan

11.1         Guru hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid dari segi ketepatan masa, sikap yang positif dan berinisiatif. Guru bertugas perlu memastikan bahawa surat akuan ibu bapa diperoleh sebelum murid dibenarkan menyertai kegiatan kokurikulum di bawah nama sekolah di luar kawasan sekolah.

11.2         Guru bertanggungjawab hendaklah memberitahu serta mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu jika ingin mengadakan sesuatu kegiatan (bukan dalam rancangan sekolah) yang melibatkan murid.

12           Kebajikan Staf

12.1         Semua guru dan staf sokongan secara automatic menjadi ahli JK kebajikan staf sekolah.

13            Hal-Hal Lain

13.1         Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu sekolah tanpa kebenaran.

13.2         Guru dinasihatkan jangan menulis surat kepada akhbar, menulis artikel untuk akhbar atau surat layang.

13.3         Pegawai Perkhidmatan dilarang melibatkan diri dengan penagihan dadah, politik dan sebarangan penyelewangan.

13.4         Kakitangan dilarang merokok dan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak diingini di kawasan sekolah.

13.5         kakitangan dilarang menjemput atau membenarkan orang luar masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

13.6         Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu.

13.7         Semua pesanan, mencetak dan fotostat berkaitan urusan sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru Besar.

13.8         Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling berkaitan larangan tuisyen luar dan senantiasa utamakan tugas utama diri.

¡¡


© 2005 SJK(C) Chung Hua Miri